web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kutipan Tabung Musa'adah JAKIM-YWM Cecah Hampir RM9 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 4:55PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jumlah kutipan Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Wakaf Malaysia (Jakim-YWM) kini mencecah RM8.8 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata, dana daripada tabung berkenaan akan diagihkan secara berperingkat ke Palestin untuk dimanfaatkan bagi pembinaan kemudahan infrastruktur. 

"Kita beri tumpuan lebih kepada bantuan pasca konflik di Palestin. Cadangan kita adalah untuk bina hospital dan pusat dapur.

"Kita akan kerjasama dengan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) untuk bina kemudahan yang kita rancangkan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama strategik antara YWM dan LC Wakaful Digital Sdn Bhd serta penyerahan cek contoh Tabung Musa’adah Jakim-YWM di sini, hari ini.

Tabung Musa’adah Jakim-YWM dilancarkan pada Oktober 2020 yang berfungsi sebagai tabung bantuan kemanusiaan kepada golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan bangsa.

Mengenai perjanjian kerjasama strategik, Mohd Na’im berkata, ia bertujuan mempelbagaikan platform kutipan dan agihan wakaf melalui penggunaan platform bantuan sosial pintar GoBarakah.

“Melalui GoBarakah, masyarakat boleh berwakaf secara tunai atau membuat sumbangan melalui pembelian e-baucar yang kemudiannya akan diserahkan kepada YWM untuk tujuan agihan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad