web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Nafi Beri Layanan Istimewa Kepada Pegawai Kanan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 5:25PM

Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim (baju putih) menemui Muhd Zamrie Zainal Abidin, bapa kepada pelajar Mohammad Zaharif Affendi yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, di kediaman keluarganya di Taman Chepor Sentosa Chemor hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menafikan wujud layanan istimewa susulan kawalan ketat terhadap pegawai kanan polis yang didakwa Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh pelajar lelaki tingkatan lima, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, tindakan itu adalah prosedur biasa dilakukan terhadap mana-mana orang kena tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.

“Ini merupakan prosedur biasa yang dikenakan terhadap OKT bermula diiringi anggota polis daripada lokap balai untuk dibawa ke mahkamah seterusnya ke hadapan hakim.

“Dalam kes ini OKT adalah pesalah biasa, kita tidak anggap berprofil tinggi pun cuma kes yang dihadapi menarik perhatian, jadinya kita perlu adakan kawalan yang ketat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke kediaman keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, di sini hari ini.

Azizi berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan menyeluruh terhadap pegawai kanan berpangkat DSP dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu akan dilakukan secara adil dan telus.

“Ia juga sejajar dengan saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Buat masa ini tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kini ditahan di Penjara Taiping sementara menunggu perbicaraan akan datang,” katanya.

Terdahulu, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang didakwa membunuh Muhammad Zaharif telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Ipoh di sini hari ini, dalam keadaan dikawal ketat.

Kehadirannya bagi prosiding kes itu diiringi lima anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang berpakaian gelap dan memakai topeng muka. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar