web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Kanan Polis Didakwa Bunuh Pelajar Sekolah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 10:07AM

Mohd Nazri Abdul Razak ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, pagi ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pegawai kanan polis hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Jumaat lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang memasuki mahkamah sambil kepala ditutup dengan kain, berbaju putih dan berseluar hitam, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP), didakwa melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di sini, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Dis.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pegawai Pendakwa Raya Azlina Rasdi (Ketua), Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat, Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaakob, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Akmal Mod Said, Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani, Timbalan Pendakwa Raya J.S. Geetha dan Timbalan Pendakwa Raya Low Qin Hui.

Ahli keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang menghadiri prosiding di Mahkamah Majistret Ipoh, pagi ini. - gambar BERNAMA
Ahli keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang menghadiri prosiding di Mahkamah Majistret Ipoh, pagi ini. - gambar BERNAMA

Sementara tertuduh diwakili peguam Low Yap Loong.

Tiada jaminan ditawarkan ke atas tertuduh dan mahkamah menetapkan 7 Feb 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan berkaitan, antaranya laporan kimia.

Pada 15 Dis lepas, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Kemalangan itu menyebabkan Muhammad Zaharif meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Susulan itu, pegawai kanan polis berkenaan ditahan reman tiga hari bermula Sabtu, bagi membantu siasatan.

Sementara itu, abang mangsa Zarul Fitri, 29, dilihat berlinangan air mata ketika mengikuti sesi pertuduhan tersebut.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi perkarangan mahkamah apabila keluarga Muhammad Zaharif tiba bagi mengikuti pendakwaan kes berkenaan.

Bapa saudara mangsa Abdul Razak Judin, 48, ketika ditemui pemberita di luar perkarangan mahkamah berkata beliau bersama dua lagi saudara yang lain, hadir bagi mendengar pertuduhan kes hari ini.

“Setakat ini ibu bapa dan keluarga mangsa, Alhamdulillah sudah boleh menerima apa yang telah berlaku dan kita semua reda dengan pemergian arwah,” katanya.

Puluhan anggota polis turut dilihat mengawal sekitar perkarangan mahkamah, dan keadaan berada dalam keadaan terkawal.

Semalam, Jabatan Peguam Negara melalui kenyataan memaklumkan pegawai kanan polis terbabit dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, dengan pihaknya mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk mendakwa suspek atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad