web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Pemeriksaan Struktur Dijalankan Ke Atas 26 Rumah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Dec 2023 4:23PM

Penduduk melihat kerja menanam cerucuk besi di kawasan terjejas akibat kejadian tanah runtuh petang semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUCHONG - Pejabat Daerah dan Tanah Petaling akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh di 26 unit rumah teres sepanjang Jalan Wawasan di sini, susulan kejadian tanah runtuh petang semalam.

Pegawai Daerah Rahilah Rahmat berkata pemeriksaan itu, antara lain bagi menganalisa struktur rumah sepanjang lokasi kejadian yang melibatkan sembilan unit yang telah diarah dikosongkan, dan 17 lagi yang masih berpenghuni.

“Kami akan memeriksa sekiranya terdapat retakan di setiap rumah dan kemungkinan terdapat retakan lama yang penghuni tidak peka.

“Setakat ini, hanya sembilan rumah sahaja yang terjejas dan rumah lain di deretan sama tidak terlibat, tetapi kami perlu tunggu keputusan laporan pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Diminta mengulas sama ada masih terdapat pergerakan tanah di kawasan itu, Rahilah berkata hasil laporan awal JMG mendapati setakat ini tiada sebarang pergerakan tanah.

“Pihak saya sedang berusaha menyegerakan kerja-kerja pembaikan tebing memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja pemasangan cerucuk besi sedang giat dilakukan di sekitar tanah runtuh dan tebing tanah yang tidak terjejas.

Selain itu, polis juga menempatkan Pos Kawalan Tempat Kejadian di lokasi tanah runtuh, selain memasang garisan kuning bagi mengelakkan penduduk setempat menghampiri kawasan kejadian. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad