web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Langgar Pelajar: Polis Sedang Lengkapkan Siasatan, Minta Pihak Ada Bukti Tampil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 4:09PM

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menenangkan Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, ketika mengunjungi rumah keluarga pelajar Muhammad Zaharif Affendi yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Meru, Ipoh. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis harap mana-mana individu yang mempunyai bukti seperti rakaman papan pemuka (dashcam) kenderaan atau kamera litar tertutup (CCTV), berhubung kes pelajar maut selepas dilanggar kenderaan yang disyaki dipandu seorang pegawai kanan polis Jumaat lepas, untuk tampil membantu siasatan.

"Kita masih menunggu.. yang ada dashcam, CCTV atau lain-lain, siapa yang ada itu (bahan bukti) kita akan terima. Setakat ini belum lagi," kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata esok tempoh tahanan reman pegawai berkenaan akan tamat, namun beliau masih belum dapat mengesahkan sekiranya tempoh reman akan disambung atau sebaliknya.

"Biarkan polis siasat dengan telus dan adil seperti arahan KPN (Ketua Polis Negara), dan juga kita minta saksi-saksi di luar sana yang boleh membantu siasatan untuk tampil, hubungi polis atau pegawai penyiasat untuk beri keterangan," katanya.

Dua hari lepas, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar