web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cukai Jualan Belian Dalam Talian Hanya Terpakai Pada Produk Import Bawah RM500

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Dec 2023 1:19PM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cukai jualan 10 peratus bagi pembelian dalam talian yang berkuat kuasa 1 Jan 2024 hanya terpakai bagi produk yang diimport bernilai RM500 ke bawah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ia bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.

"Yang penting untuk dijelaskan ia hanya terpakai bagi produk import yang dijual secara dalam talian di Malaysia. Produk yang dihasilkan dalam negara tidak terkesan, jadi saya harap ini dapat kurangkan salah faham dalam kalangan masyarakat tentang cukai tersebut.

"Kita boleh rujuk laman rasmi Jabatan Kastam untuk maklumat lebih terperinci dan dari semasa ke semasa kita akan pantau untuk pastikan adakah rakyat terutama penjual dan pembeli yang laksanakan transaksi dalam talian benar-benar faham kenapa ia dilaksanakan dan apa kategori produk yang terkesan," katanya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Reuse, Educate, Nurture and Empower with Waste (R.E.N.E.W) di Dataran Sri Angkasa Jaya, di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan negara akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual secara dalam talian mulai 1 Jan 2024.

Mengenai program R.E.N.E.W anjuran Institut Pengajian Profesional Pendidikan Berterusan (iCEPS) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata program itu merupakan insiatif yang baik ke arah melestarikan alam sekitar.

Beliau berkata program kesedaran mengenai minyak masak terpakai itu difahamkan berjaya mengumpul lebih 100 kilogram (kg) minyak masak terpakai semalam, sekali gus mencerminkan peningkatan kesedaran komuniti setempat di sekitar Lembah Pantai terhadap aspek pengurusan minyak masak terpakai.

Turut hadir Pengarah Jabatan Projek Khas dan Pembangunan Perniagaan iCEPS merangkap Penasihat Program R.E.N.E.W Shira Haniza. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar