web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: 29 Penghuni Rumah Teres Diarah Berpindah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 10:35AM

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan ketika melawat lokasi tanah runtuh di Taman Wawasan Puchong. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUCHONG - Seramai 29 penghuni di sembilan buah rumah teres di Taman Wawasan Puchong, di sini diarah berpindah atas faktor keselamatan, susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan berkata kesemua mereka juga, diarah berlindung di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Laman Puteri 3 di sini, bagaimanapun hanya lapan dari mereka yang berbuat demikian, manakala selebihnya berlindung di rumah saudara mereka.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk mengarahkan lebih banyak penduduk berpindah, sekiranya laporan dari agensi berkaitan mendapati masih terdapat pergerakan tanah.

“Setakat ini berdasarkan laporan yang saya terima, tiada lagi pergerakan tanah berlaku dan pihak Air Selangor juga telah menutup saluran air di kawasan ini, kerana dikhuatiri air dari paip yang bocor akan menyebabkan pergerakan tanah yang baharu,” katanya dalam sidang media di lokasi awal pagi tadi.

Anbalagan berkata kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 itu kira-kira 7.30 petang, semalam turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Selain polis, beliau berkata agensi lain termasuk Bahagian Kejuruteraan Majlis Bandaraya Subang Jaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dan Agensi Pertahanan Awam, akan mengawasi dan memantau kawasan berkenaan bagi memastikan orang ramai tidak berkumpul, selain menjaga harta benda penduduk yang diarahkan berpindah.

Mengulas mengenai kejadian banjir kilat di sebuah pusat membeli belah di sini, Anbalahan berkata sebanyak 71 gerai dan premis perniagaan di pusat membeli belah berkenaan terjejas, manakala  65 kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir ditenggelami air. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 52 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar