web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengguna Lebuh Raya Terkandas Akibat Banjir Kilat Di Puchong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 9:04AM

Pengguna jalan raya tersekat di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) selepas banjir kilat memasuki lebuh raya berkenaan. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dilanda banjir kilat setinggi 0.6 meter susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang petang semalam menyebabkan ratusan pengguna lebuh raya berkenaan terkandas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir kilat di Kilometer 21.5 LDP pada 7 malam ini dan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong diarah ke lokasi kejadian.

"Laporan awal mendapati berlaku banjir kilat setinggi dua kaki di lokasi berkenaan sehingga menenggelamkan pembahagi jalan, bagaimanapun ia telah mulai surut apabila anggota kami tiba di lokasi," menurutnya dalam kenyataan.

Sementara itu, beberapa rakaman video yang tular di laman sosial menunjukkan air memasuki pusat beli belah bersebelahan lebuh raya berkenaan setinggi kira-kira tiga inci.

Unit Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya mengeluarkan amaran tahap tiga atau bahaya di kawasan pusat beli belah itu pada 6.45 petang dan telah meminta semua agensi terlibat untuk melakukan persediaan bantuan.

Menerusi notis sama, semua pengguna jalan raya diminta mengelak daripada menggunakan laluan tersebut. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar