web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Siasat Kes Gaduh Pelajar Dua Sekolah Menengah Di Rawang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 8:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat insiden pergaduhan membabitkan pelajar dua sekolah menengah di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya menerima laporan pada 10.13 malam kelmarin daripada seorang pelajar berumur 14 tahun yang mendakwa dia dan rakannya dipukul dalam insiden itu.

Beliau berkata remaja itu mendakwa dia dan rakannya di kawasan Medan Puteri, Bandar Tasik Rawang pada 2.10 petang sebelum dipukul sehingga cedera oleh sekumpulan pelajar lelaki berumur 15 dan 16 tahun. 

"Berikutan kejadian itu, remaja berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Selayang manakala rakannya menerima rawatan di Hospital KPJ di sini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata siasatan awal mendapati pergaduhan itu membabitkan pelajar dua sekolah di kawasan berkenaan dan berpunca daripada perselisihan faham selain mereka saling mengenali.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan serta usaha mengesan pelajar terbabit sedang giat dilakukan dan individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126 2222 atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan di talian 019-349 1233. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 minit yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad