web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penguatkuasaan Agresif Pastikan Peniaga Tidak ‘Untung Atas Angin’, Seleweng Barang Bersubsidi – Armizan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 8:16AM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAPAR - Peniaga di negara ini diingatkan tidak sesekali mengaut ‘untung atas angin’ dengan menyeleweng barang kawalan bersubsidi yang diberikan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat, terutama ketika berdepan dengan isu kos sara hidup masa kini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya tidak akan sama sekali berkompromi dengan peniaga berperlakuan sebegitu, justeru penguatkuasaan yang agresif dilaksanakan kementerian bagi memastikan perkara itu tidak lagi terjadi.

Beliau berkata penguatkuasaan agresif undang-undang berkaitan akan dilakukan seperti Akta Kawalan Bekalan, Akta Perlindungan Pengguna, dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan seterusnya memastikan hak pengguna serta rakyat dilindungi.

“Kedua aspek pelaksanaan subsidi yang ada kita lihat dengan teliti. Isu ketirisan, penyelewengan kita tidak mahu berlaku bagi pastikan subsidi itu betul-betul sampai ke sasaran, saya tidak nafikan memang berlaku ketirisan dan penyelewengan, tetapi tahap dia belum dapat disahkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan satu majlis perjumpaan di Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph di sini malam ini.

Armizan berkata ketika memangku jawatan menteri itu sebelum ini, beliau bersama-sama kementeriannya telah melaksanakan audit pada Oktober lepas untuk pelaksanaan minyak masak paket bersubsidi yang didapati berlaku ketirisan dan penyelewengan.

“Ada yang menyorok bekalan dan paketkan semula minyak masak ini ke dalam botol sebelum dijual dengan harga botol (lebih mahal), ini berlaku dan kita dapat kesan serta ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata audit minyak masak paket bersubsidi itu pada masa ini sedang berjalan sehingga Mac tahun depan, sebelum laporan hasil audit itu akan dibentangkan kepada kerajaan bagi mengenal pasti mekanisme berkesan membolehkan subsidi itu benar-benar sampai kepada rakyat yang memerlukan.

“Bagi saya, ini satu daripada perkara yang kita tidak boleh berkompromi, nasihat saya kepada mereka terlibat juga syarikat dilantik supaya bagus-bagus lah berniaga, jangan berniaga cari untung atas subsidi yang sepatutnya dimanfaatkan oleh golongan memerlukan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 55 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad