web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDN Lulus Pembinaan IPD Kalabakan Dengan Kos RM150 Juta – Saifuddin Nasution

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 8:55PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KALABAKAN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan membabitkan kos RM150 juta dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di kawasan ini, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak kementerian memerlukan kerjasama Pejabat Daerah Kalabakan bagi urusan tapak, tanah, izin pembangunan dan pelbagai urusan lain untuk melancarkan pembinaan IPD berkenaan.

"Adanya IPD kita boleh lengkapkan dengan kekuatan anggota, kemudian kuarters supaya anggota polis betul-betul boleh berkhidmat kepada penduduk kampung," katanya semasa berucap merasmikan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kalabakan serta Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pembinaan IPD itu juga penting kepada Kalabakan kerana daerah ini akan menjadi pintu strategik negara dengan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Serudong.

Sementara itu, beliau berkata pengoperasian JPN cawangan Kalabakan sejak 1 Dis dan sehingga hari ini berjaya menerima dan menguruskan permohonan perkhidmatan mencecah 150 kes, dengan purata 10 kes satu hari.

Dalam pada itu itu Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Zamri Misman berkata sehingga 30 Nov lepas JPN berjaya melaksanakan 1,791 program MEKAR di seluruh negara bagi memberikan perkhidmatan pendaftaran kepada masyarakat termasuk khidmat nasihat dan penyerahan dokumen pengenalan diri yang telah diproses.

"Bagi Sabah sehingga 30 Nov, sebanyak 125 program MEKAR dilaksanakan melibatkan 2,785 permohonan serta 6,278 khidmat nasihat diadakan, bagi Kalabakan sendiri dua program telah diadakan pada tahun ini," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 minit yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad