web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suri Rumah, 2 Anak Maut Kereta Bertembung Treler

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 12:15PM

Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki tiga beranak itu hilang kawalan semasa melalui selekoh - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang suri rumah dan dua anaknya maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung sebuah treler di kilometer 17 Jalan Lipis-Benta, di Penjom dekat Kuala Lipis, awal pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata nahas pada 2.25 pagi itu menyebabkan kesemua mangsa yang menaiki Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mereka yang meninggal dunia ialah Nor Faizah Ridzuan, 34, yang beralamat di Kok Lanas, Kelantan dan dua anaknya Muhammad Hariz Adrian Mohd Azman, 10, serta Muhammad Hafiy Azman, tiga tahun. 

"Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki tiga beranak itu hilang kawalan semasa melalui selekoh menyebabkannya masuk ke laluan bertentangan dan merempuh treler tersebut. 

"Kemalangan menyebabkan kereta itu diseret treler dan merempuh besi penghadang jalan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.  

Azli berkata mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Kelantan dari ibu negara, manakala pemandu treler berusia 48 tahun tidak cedera dalam kejadian itu. 

Mayat tiga beranak itu dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 6 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 51 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad