web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Tidak Halang Rakyat Hadir Bertemu Sultan Johor Pada Jamuan Teh Di Kluang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 8:37PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan beramah mesra dengan rakyat Johor yang menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat di Kluang. - gambar ROyal Press Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Hujan lebat ketika Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat tidak menghalang kira-kira 3,000 rakyat di daerah ini dan Batu Pahat untuk berada di Dataran Tasik Kluang, di sini, hari ini  bagi  melihat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dengan lebih dekat lagi.

Terdahulu, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada pukul 3 petang itu cukup menggembirakan rakyat Johor, lebih-lebih lagi mereka yang mahu meraikan baginda yang akan melaksanakan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, tahun hadapan.

Rata-rata rakyat yang ditemui dalam majlis berkenaan, gembira dan teruja dengan pemilihan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun bermula 31 Januari, tahun hadapan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat di Kluang. - gambar Royal Press Office
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat di Kluang. - gambar Royal Press Office

Bagi pesara, Mohd Ali Shahbuddin, 60, dia berbangga kerana Sultan kesayangan rakyat negeri ini dipilih.

“Saya berharap agar baginda dapat meneruskan aktiviti bersama rakyat seperti yang diadakan pada hari ini (jamuan teh) tetapi ia dapat diadakan dengan lebih besar dan meriah lagi di peringkat nasional pula,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis itu.

Sementara itu, Tan Geok Seng, 35, berharap agar baginda dapat menjaga rakyat di seluruh negara sebagaimana yang dilakukan kepada rakyat Johor dengan cukup prihatin.

Dalam pada itu, Harry Daniel Tibin, 23, berkata Sultan Johor merupakan Sultan kesayangan rakyat Johor, seorang individu yang sangat baik yang disayangi, dihormati dan dikasihi.

“Apabila baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kelak, diharap akan turut disayangi oleh seluruh rakyat Malaysia. Kami di Johor pasti akan merindui Sultan kesayangan kami ini dengan pelbagai program dan aktiviti bersama rakyat,” katanya.

Jamuan Teh Bersama Rakyat Kluang dan Batu Pahat yang diadakan di Dataran Tasik Kluang itu, merupakan majlis jamuan teh terakhir setelah ia dilaksanakan di tiga lokasi sebelum ini.

Sebelum ini, majlis itu diadakan di Dataran Tanjung Emas  (4 Dis) bagi meraikan rakyat di Daerah Muar, Segamat dan Tangkak; di Stadium Mersing (7 Dis) untuk rakyat di Mersing dan Kota Tinggi sebelum diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Pontian pada 11 Dis untuk rakyat di Pontian, Johor Bahru dan Kulai.

Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai kerajaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 49 minit yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad