web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pos Malaysia Lancar Setem Khas Palestin Merdeka, Dijual Bermula 18 Jan Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 8:12PM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika melancarkan setem khas Palestin Merdeka. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin, Pos Malaysia hari ini melancarkan set setem khas “Palestin Merdeka” yang akan berada di pasaran bermula 18 Januari tahun depan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pelancaran setem khas itu bukan sekadar simbolik, sebaliknya melambangkan solidariti dan sokongan penuh rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai kemerdekaan dan keamanan.

"Kita akan pertimbang sekiranya perlu setelah dilancarkan (setem) ataupun setelah mula ada di pasaran mungkin kita akan berbincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengusahakan kempen menghantar surat untuk menggesa supaya gencatan senjata dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Fahmi menyempurnakan majlis pelancaran setem khas berkenaan yang akan akan dijual secara dalam talian di www.pos.com.my/shop dan di Pejabat Pos dan Biro Filateli Pos Malaysia pada harga RM32.50 setiap set. 

Setem berkenaan juga boleh dibeli dalam bentuk helaian setem, mengandungi 20 setem setiap helaian, pada harga RM26, Sampul Hari Pertama pula boleh didapati pada harga RM0.50 dan Folder pada harga RM6.

Fahmi berkata, ia merupakan kali ketiga setem berkaitan Palestin dikeluarkan, kali pertama pada 1978 dan kali kedua pada 1982, bukti komitmen kerajaan dan rakyat Malaysia yang teguh bersama menyokong  perjuangan rakyat Palestin sejak dahulu lagi.

Sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diuruskan Kementerian Luar.

Dana itu akan disalurkan melalui inisiatif Ops Ihsan, kolaborasi antara Kerajaan Malaysia dan 53  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Charles Brewer. - BERNAMA 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 48 minit yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad