web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


9,020 Kes Hari Ini, Rekod Tertinggi Sejak Negara Dilanda COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 4:59PM

Dr Noor Hisham Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu harian COVID-19 melepasi angka 9,000 dengan 9,020 kes dilaporkan hari ini, rekod tertinggi sejak pandemik berkenaan menular di negara ini pada Januari tahun lepas.

Berdasarkan hantaran Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kini sebanyak 558,534 kes.

Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kepada kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,836 kes diikuti Kelantan dengan 907 kes, Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789) dan Sarawak (726).

Johor dan Kedah merekodkan masing-masing 468 kes, Pulau Pinang (345), Melaka (340), Perak (272), Sabah (265), Labuan (253), Pahang (216), Terengganu (189), Putrajaya (29) dan 19 kes di Perlis.

Sementara itu, dalam kenyataannya Dr Noor Hisham berkata sebanyak 61 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah terkumpul 2,552 kes.

Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu 19 kes diikuti Negeri Sembilan (8), Kuala Lumpur (6), Kedah (5), Johor dan Sarawak (masing-masing 4 kes), Perak dan Melaka (masing-masing 3 kes), Pulau Pinang, Kelantan, Labuan dan Terengganu (masing-masing 2 kes), serta satu kes di Sabah. 

Sebanyak 4,814 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif 474,139, manakala kes aktif setakat ini berjumlah 72,823 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, 808 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 403 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga berkata sebanyak 21 kluster baharu dikesan membabitkan masing-masing enam kluster tempat kerja dan komuniti, empat kluster keagamaan, dua kluster pendidikan lain serta masing-masing satu kluster pendidikan tinggi, kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan.

Kluster tempat kerja melibatkan kluster Jalan Satu Olak dan Perusahaan Satu Batu Caves di Selangor; Kemumin (Kelantan); Tapak Bina Wangsa Perdana (Kuala Lumpur); Jalan Hospital Tampoi (Johor) dan Perusahaan Valdor (Pulau Pinang).

Kluster komuniti pula ialah Persiaran Sepang Sebelas (Selangor); Kampung Chekok dan Kampung Teliar (Kelantan); Dah Emas Suria (Kedah); Jalan Padi (Negeri Sembilan) serta Tanjung Kepah (Perak).

Empat kluster keagamaan melibatkan kluster Kampung Chubadak dan Seksyen Dua di Kuala Lumpur; Jalan Kampung Bukit (Pulau Pinang) dan Jalan Seroja Kepis (Negeri Sembilan).

Bagi kluster pendidikan lain membabitkan Sri Gombak Lapan (Selangor) serta kluster Dah Pinang (Kedah); kluster pendidikan tinggi iaitu Bukit Ilmu (Kelantan); kluster kumpulan berisiko tinggi (Tawar Empat di Johor) dan kluster pusat tahanan (DTI Bukit Jalil 2 di Kuala Lumpur). - Bernama 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran