web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengasas MYAirline, 4 Syarikat Gagal Batal Saman 15 Pelabur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 8:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saman oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, Datuk Allan Goh Hwan Hua dan empat lagi syarikatnya berhubung Nilai Penebusan Bulanan dan Pulangan Pembiayaan Bulanan yang tertunggak melebihi RM8 juta akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid menolak permohonan Goh dan empat syarikatnya  selaku defendan untuk membatalkan saman itu.

“Kes saman tersebut bukanlah satu kes yang mudah dan jelas untuk mahkamah membatalkan tuntutan plaintif dan terdapat isu yang perlu diselesaikan semasa perbicaraan,” katanya dalam penghakiman ringkas hari ini.

Dalam saman yang difailkan pada 21 Julai 2022 menamakan Goh dan empat syarikat berkenaan iaitu I-Serve Online Mall Sdn Bhd (ISOM), Bright Moon Venture PLT (BMV), QA Smart Partnership PLT (QAS) dan Trillion Cove Holdings Bhd (TCH).

Mahkamah kemudian mengarahkan Goh dan empat defendan  membayar kos sebanyak RM8,000 kepada plaintif dan menetapkan  sembilan hari perbicaraan kes itu bermula 14 Okt  tahun depan.

Goh dan empat syarikat itu telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan bahawa tindakan undang-undang itu tidak sah dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Mereka juga telah mengemukakan kenyataan pembelaan mereka tahun lalu terhadap tuntutan yang dibawa oleh pelabur - P. Ponnamal, A. Prema, Deborah Ann Rodrigo, YM Che Engku Mahirah Abdullah, Goh Chiang Beng, Alexander Vincent, Gea Ban Thong, Ng Guat Tin, Koh Kock Keang, S.Supramaniam, Harith Abdul Hamid, Ismat Abdul Rauf, Koh Kok Chong, Gea Seok Eng dan K. Thangamuthu.

Dalam kenyataan tuntutan mereka bertarikh 21 Julai tahun lalu, 15 plaintif tersebut mendakwa bahawa syarikat-syarikat itu gagal membuat pembayaran bulanan yang dipersetujui dari November 2021 hingga Jun 2022, walaupun telah menghantar surat tuntutan melalui peguam mereka.

Plaintif berusia antara 58 hingga 74 tahun itu mendakwa bahawa Goh sebagai pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd dan empat defendan lain telah melanggar tanggungjawab fidusiari dan seharusnya dibuat bertanggungjawab secara peribadi atas kerugian yang dialami oleh para pelabur.

Mereka menyatakan bahawa Goh dalam mengeluarkan pelbagai notis dan arahan serta mengadakan panggilan persidangan dengan mereka, telah membuat representasi mengenai isu-isu yang sedang dihadapi oleh ISOM dan kesannya pulangan bulanan pelabur.

Mereka juga mendakwa bahawa ISOM TCH, dan firma lain telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 11 Nov 2021 dan perintah pembekuan didakwa telah dikeluarkan terhadap syarikat tersebut.

Oleh itu, plaintif memohon pembayaran balik harga langganan RM8 juta serta pembayaran balik tunggakan penebusan bulanan terhutang dan faedah tahunan lima peratus ke atas mana-mana jumlah penghakiman yang diberikan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad