web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarat Pembinaan KXP Hampir Dipenuhi – Sanusi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 5:56PM

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Semua keperluan yang menjadi syarat untuk membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) telah hampir dipenuhi dan diharap dapat dipertimbangkan oleh kerajaan Persekutuan untuk direalisasikan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata keyakinan yang ditunjukkan oleh pelabur luar terhadap Kedah juga sangat memberangsangkan pada masa ini.

Beliau berkata terbaharu, Kedah telah menjalin kerjasama dengan pelabur Itali iaitu Enav Group, syarikat yang memfokus kepada penyediaan layanan navigasi dan pengurusan lalu lintas udara.

"Saya telah ke Itali baru-baru ini untuk melihat kecanggihan teknologi yang ditawarkan syarikat berkenaan dan saya rasa ia akan menjadi teknologi masa hadapan yang boleh diguna pakai dalam industri penerbangan.

"Selain itu, mereka turut menyediakan latihan, pemindahan teknologi dan peralatan terkini yang mampu merealisasikan KXP.

“Kerjasama itu juga bertujuan untuk kebolehlaksanaan teknologi menara digital bagi diaplikasikan oleh kita nanti," katanya selepas Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi sekali lagi menekankan bahawa projek KXP itu, yang merupakan projek berimpak tinggi akan dibangunkan melalui pelaburan syarikat swasta tempatan tanpa melibatkan peruntukan kerajaan Persekutuan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad