web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


J-KOM Kini Di Bawah Kementerian Komunikasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 4:37PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi, kata menteri berkenaan Fahmi Fadzil.

Fahmi yang merupakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Semalam, Anwar ketika mengumumkan rombakan Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan mengumumkan penstrukturan semula Kementerian Komunikasi dan Digital yang dipisahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Fahmi dinamakan sebagai Menteri Komunikasi manakala Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia sebagai Menteri Digital.

Fahmi berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Penyiaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MyCreative Ventures adalah di bawah Kementerian Komunikasi.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MYNIC Bhd dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi akan dipindahkan ke Kementerian Digital.

“Digital Nasional Bhd (DNB) masih ada perbincangan dan akan diputuskan kemudian,” katanya dalam sidang media di sini hari.

Fahmi berkata Kementerian Komunikasi berhasrat mendapatkan maklum balas terus daripada rakyat mengenai segala dasar dan program dilaksana kerajaan selaras ‘participatory democracy' atau demokrasi penyertaan yang dihasratkan perdana menteri.

“Kementerian ini akan berusaha menyediakan satu format sama ada melalui aplikasi atau agensi yang akan ditentukan kemudian untuk membantu usaha memungut suara, mendapatkan pandangan rakyat berkaitan isu semasa termasuk dasar, keputusan ataupun program kerajaan," katanya.

“Ini selaras hasrat perdana menteri memastikan ke depan, rakyat lebih terbabit dan beri peluang kepada rakyat untuk berikan pandangan dalam sama ada pembentukan dasar atau dari segi pelaksanaan program atau aktiviti kerajaan,” katanya.

Ditanya status pelantikan Ketua Pengarah J-KOM, Fahmi meminta semua pihak memberikan masa kepada beliau untuk memuktamadkan beberapa perkara sebelum pelantikan dibuat.

 “Saya belum sempat bertemu dengan pihak J-KOM, jadi saya perlu beri mereka masa dan ruang untuk memberi taklimat dahulu sebelum saya beri perkembangan lanjut," katanya.

Jawatan Ketua Pengarah J-KOM kini kosong selepas Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff meletak jawatan yang disandangnya itu bermula 2 Feb lepas pada 15 Nov.

Fahmi berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut membincangkan mengenai agensi-agensi yang akan ditempatkan di kementerian berkaitan, susulan penstrukturan semula tersebut.

“Bagaimanapun ia belum diputuskan dan saya tidak boleh menyatakan lebih daripada itu sehingga apa yang disebut sebagai perintah fungsi-fungsi menteri diwartakan yang kita jangka sehingga Januari 2024,” katanya.

Mengenai Kementerian Digital, Fahmi berkata proses pembentukan kementerian itu sedang berjalan dan ia bakal ditempatkan di Menara Usahawan di sini. - BERNAMA

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar