web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Zayn Rayyan: Rakaman Video Kenderaan Perlu Penelitian Lanjut – Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 8:05PM

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Polis perlu membuat penelitian lebih lanjut terhadap rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang diperoleh dari kenderaan penghuni Apartmen Idaman, Damansara Damai dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata berdasarkan penelitian rakaman tersebut, polis mendapati terdapat pergerakan yang memerlukan analisis lebih lanjut.

“Memang ada pergerakan tetapi kena perbaiki (mutu) video itu sama ada individu (suspek atau penduduk) atau objek lain. Setakat ini, kami tidak boleh mendedahkan apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengenai proses siasatan yang memasuki hari keenam hari ini, beliau berkata polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mangsa.

Hussein berkata ia bagi melihat sama ada wujud sebarang bukti baharu, tetapi setakat ini tiada penemuan baharu diperoleh.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia di dalam aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. - BERNAMA

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad