web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rombakan Bertujuan Perkasa Gerak Kerja, Pentadbiran Kerajaan Perpaduan – Fadillah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 3:56PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bukan sekadar bertujuan mengisi kekosongan tetapi dilihat sebagai usaha ke arah memperkasakan lagi gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata pelantikan muka baharu yang berwibawa, pengwujudan kementerian baharu, penyusunan semula bidang tugas di kementerian sedia ada dan pertukaran portfolio diyakini mampu memacu setiap rancangan mahupun agenda yang telah disusun rapi oleh kerajaan MADANI demi kesejahteraan rakyat.

“Dalam membuat pertimbangan penyusunan semula Kabinet, kepentingan negara dan politik yang stabil tentunya menjadi keutamaan Perdana Menteri.

“Ini amat penting kerana untuk kita menggerakkan dan memperkukuhkan ekonomi, asas utama adalah kedatangan pelabur serta politik yang stabil,” katanya menerusi kenyataan susulan rombakan yang diumumkan hari ini.

Menurut Fadillah, beliau percaya Perdana Menteri telah menilai dengan teliti, kesesuaian setiap menteri dan portfolio yang diamanahkan berdasarkan pengetahuan serta kemahiran masing-masing, selepas melakukan pemantauan rapi sepanjang setahun Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan memberikan kepercayaan dalam menerajui kementerian baharu, iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Katanya seperti sepanjang setahun bersama Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan dua penggal di Kementerian Kerja Raya sebelumnya, beliau berikrar akan melakukan sebaik mungkin dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di kementerian baharu.

Fadillah berkata bagi hal ehwal Sabah Sarawak, keutamaan akan diberikan kepada meneruskan usaha menyelesaikan segera isu-isu tertunggak dan meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di tempat sepatutnya sekali gus merapatkan lagi jurang fizikal, ekonomi dan sosial antara Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan tertinggi dan warga kerja KPK atas kerjasama terbaik dan komitmen penuh yang diberikan sepanjang menerajui KPK.

“Berikanlah kerjasama serupa kepada pengganti saya Datuk Seri Johari Abdul Ghani selepas ini,” katanya.

Fadillah turut mengajak semua barisan Kabinet yang baru diumumkan untuk terus fokus bekerja demi rakyat dan negara serta memperkukuhkan lagi ikatan perpaduan dalam kerajaan MADANI untuk mendepani 2024 dan tahun-tahun seterusnya yang dijangka lebih mencabar.

"Tanpa mengira bangsa, agama dan merentasi fahaman politik, semoga kita dapat bersama-sama membina Malaysia MADANI yang stabil, maju dan makmur berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad