web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rombakan Kabinet Dilaksanakan Untuk Penuhi Tuntutan Semasa Negara - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 12:23PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan senarai Ahli-Ahli Jemaah Menteri selepas mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini yang dilaksanakan buat kali pertama selepas kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melangkaui usia setahun, bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.

Dalam sidang media pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu, beliau yang mengekalkan portfolio Menteri Kewangan berkata, rombakan dibuat kerana setiap perubahan dari segi perkembangan ekonomi, permasalahan rakyat termasuk kos sara hidup, harus ditangani dengan baik.

“Penerimaan di peringkat antarabangsa yang memerlukan tugas di Kementerian Luar (penting), isu pendidikan, pendidikan tinggi, terutama dalam beberapa usaha kita meneroka bidang baharu.

“Ia seperti kecerdasan buatan (AI), transformasi digital.. yang menyebabkan saya memikir semula untuk membuat sedikit sebanyak penyesuaian (dalam Kabinet) dengan melihat kepada keadaan dan tuntutan semasa,” katanya.

Anwar berkata, keputusan mengenai rombakan itu dibuat selepas berbincang dengan ketua parti-parti komponen utama, dan senarai nama telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk diperkenan.

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada 2.30 petang ini. Turut berlangsung adalah Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan.

Rombakan Kabinet itu menyaksikan bilangan Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31, manakala timbalan menteri meningkat daripada 27 kepada 29, sekali gus menjadikan keseluruhan anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan kini 60 orang.

Dua kementerian disusun semula berdasarkan keperluan semasa melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Kementerian Komunikasi dan Digital pula dipecahkan kepada Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi.

Ditanya akan berlaku lagi rombakan Kabinet sekiranya prestasi menteri tidak memuaskan, Anwar berharap barisan Jemaah Menteri mempamerkan prestasi terbaik sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Saya harap insya-Allah, kalau keadaan prestasi baik, memuaskan dan tidak ada tekanan atau permasalahan baharu seperti isu digital, saya tidak fikir harus ada apa-apa perubahan untuk kita terus ada rencana empat tahun akan datang sehingga PRU,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, pemotongan 20 peratus gaji barisan Jemaah Menteri baharu dalam Kerajaan Perpaduan akan diteruskan. 

“(Pemotongan gaji) diteruskan cuma perdana menteri tiada pemotongan (kerana tiada gaji),” katanya.

Pada 5 Disember 2022, Anwar berkata, Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji masing-masing 20 peratus setiap bulan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

Beliau berkata, keputusan itu dilaksanakan atas semangat keprihatinan anggota Kabinet terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.  - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad