web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Kutip Hasil RM2.571 Bilion, Naik 128 Peratus Daripada Sasaran - MB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 12:21PM

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari ketika menyampaikan sembah ucapan taat setia pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, hari ini.. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Selangor berjaya meraih kutipan hasil berjumlah RM2.571 bilion sehingga 6 Disember lepas, meningkat 128 peratus daripada sasaran RM2 bilion yang ditetapkan pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Jumlah berkenaan adalah manifestasi dan bukti kesungguhan barisan penjawat awam dan anggota pentadbiran kerajaan negeri bagi memacu ekonomi Selangor selain meningkatkan hasil demi manfaat rakyat jelata, katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas sumbangan Selangor kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia terus meningkat kepada 25.5 peratus, sekali gus meningkatkan peranannya sebagai negeri penyumbang lebih satu perempat kepada kepada KDNK negara.

"Malah, pencapaian ini menggambarkan keyakinan komuniti pelaburan serta rakyat Tuanku (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) terhadap sikap dan kebertanggungjawaban kerajaan Tuanku dalam merencanakan dan mengagihkan kekayaan negeri secara efektif dan bersasar," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan sembah ucapan taat setia pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Amirudin turut berkongi mengenai usaha Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) di kawasan seluas 16,187 hektar yang menyaksikan kerajaan negeri merancang serta memudahcara pembangunan di kawasan baharu di selatan negeri berkenaan.

"Kerajaan Tuanku berhasrat mewujudkan perbandaran baharu di kawasan IDRISS ini sepertimana Shah Alam dan Bangi, terutamanya untuk anak-anak Melayu dan rakyat jelata pelbagai kaum menumpang teduh di bumi Selangor yang bertuah ini," katanya.

Selain itu, kerajaan negeri akan memulakan proses Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama yang akan menggariskan beberapa inisiatif pembugaran ekonomi seperti pembangunan Dron Selangor dan Pusat Kecerdasan Buatan Selangor.

Amirudin berkata kajian itu melibatkan pelan pengukuhan sistem pengangkutan awam dengan membangunkan Jajaran Rel Kita Selangor dari kawasan Klang ke Kuala Selangor dan kemudiannya ke Tanjong Karang dan Sabak Bernam bagi membolehkan rakyat menetap di kawasan Pantai Barat mendapat akses ke atas kawasan ekonomi maju di Lembah Klang dan Kuala Lumpur. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 50 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 25 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar