web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Pada Isnin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 10:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin apabila nilai dolar AS mengukuh selepas data senarai gaji utama bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang terkini melepasi jangkaan.

Pada 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lepas pada paras 4.6625/6665.

Menurut laporan, data NFP AS mencatatkan sejumlah 199,000 pada bulan November berbanding anggaran konsensus sebanyak 180,000.

Bagaimanapun, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata setelah diteliti, peningkatan mendadak dalam NFP AS disebabkan terutamanya oleh pekerja yang kembali daripada mogok mereka.

“Dari sudut itu, pasaran buruh dilihat lemah yang boleh menyebabkan ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) berubah arah apabila mereka bersidang semula pada 12-13 Dis.

"Buat masa ini, pergerakan ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal terkawal," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.8685/8748 daripada 5.8542/8593 pada penutup Jumaat dan lemah berbanding euro kepada 5.0359/0413 daripada 5.0243/0286 minggu lepas.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2164/2200 daripada 3.2307/2337 sebelumnya.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Mata wang tempatan tidak berubah nilainya berbanding peso Filipina pada 8.41/8.43 tetapi meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1283/1494 daripada 13.1933/2094.

Ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4844/4884 daripada 3.4818/4853 minggu lepas dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.2/301.7 daripada 300.4/300.8 sebelumnya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad