web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Lelaki Miliki 23 Rekod Jenayah Ditahan Cederakan Anggota Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 8:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang anggota polis retak pergelangan tangan kanan selepas terjatuh akibat ditendang dua suspek kes dadah di Kampung Pangkal Pisang, Melor, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata sebelum kejadian itu dua anggota dari Balai Polis Kubang Kerian telah mengesan sebuah kereta dinaiki lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40 hingga 50-an dalam keadaan mencurigakan di Bandar Satelit Pasir Tumboh sekitar jam 3.45 pagi.

Beliau berkata suspek melarikan diri dengan memecut kereta itu namun berjaya ditahan di Kampung Pangkal Pisang.

"Semasa proses tangkapan dibuat kedua-dua suspek telah bertindak agresif serta berlaku pergelutan menyebabkan seorang anggota polis telah ditendang sehingga terjatuh dan mengakibatkannya mengalami kecederaan retak pergelangan tangan kanan.

"Namun anggota polis yang cedera bersama dengan rakan setugas tetap berjaya memberkas kedua-dua suspek berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Rosdi berkata pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek menemukan ketulan-ketulan mampat ganja  dianggarkan bernilai RM700.

"Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek itu dapati positif jenis dadah THC (Tetrahydrocannabinol).

"Polis turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai 23 rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah serta turut dikehendaki oleh pihak polis kerana terbabit aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Kota Bharu,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 15 Dis depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 45 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad