web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Lebih 37,000 Saman Trafik Dijelaskan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 5:42PM

Seorang anggota polis mengawasi keadaan lalu lintas. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37,242 saman trafik telah dijelaskan dalam tempoh dua hari bermula Jumaat lepas sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pihaknya merekodkan 12,300 pesalah trafik menjelaskan saman di 14 kaunter bayaran saman termasuk baucar diskaun yang dijelaskan melalui portal dan aplikasi MyBayar Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kempen pengurangan kompaun saman sehingga 50 peratus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di samping PDRM berpeluang menyantuni masyarakat dalam menyalurkan maklumat dengan lebih jelas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 39 anggota bertugas pada program itu selain pihaknya turut menyediakan kaunter khas bagi warga emas serta Orang Kurang Upaya dengan operasi kaunter yang bermula 9 pagi hingga 6 petang, dilanjutkan sehingga 9 malam bagi memberi ruang kepada masyarakat berurusan.

Mohd Azman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menunggu ketika tawaran diskaun diumumkan bagi menjelaskan saman tertunggak milik mereka serta mematuhi peraturan serta undang-undang lalu lintas.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari bermula Jumaat lepas, memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 43 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad