web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zayn Rayyan Suka Lihat Lukisan Mural – Jiran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 5:54PM

Jiran Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, Noorshamilla Kamaruddin, 31, (kiri) dan suaminya Esma Hakim, 28, (kanan) ketika ditemui pemberita di Apartment Idaman, Damansara Damai hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin gemar melihat mural yang dilukis oleh penduduk di dinding tangga tengah naik ke rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, di sini.

Seorang jiran Noorshamilla Kamaruddin,31, berkata Zayn Rayyan yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki autisme suka menggunakan tangga tengah itu semasa naik ke rumahnya untuk melihat lukisan mural yang memaparkan bendera negeri-negeri di Malaysia serta kartun watak “Marvel”, meskipun tangga hujung lebih hampir dengan rumahnya.

“Zayn Rayyan suka tengok gambar, pelukis mural pun orang sini, setiap tingkat memang ada lukisan mural ini tapi dekat tangga tengah sahaja. Lukisan ini dilukis pada masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), dekat tangga bawah sekali ada lukisan Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemui pemberita di pangsapuri itu, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi jiran Esma Hakim, 28, berkata sejak kejadian yang menimpa Zayn Rayyan, beliau tidak dapat menghantar tiga orang anaknya ke sekolah kerana mereka enggan dan takut ke sekolah.

“Tapi sekarang terus tak nak ke sekolah, sudah maklum kepada guru sebab dia takut, kita mak ayah pun jadi risau untuk lepaskan anak-anak,” katanya sambil memegang anak keduanya yang sebaya dengan Zayn Rayyan.

Esma juga berkata suasana setiap aras di Blok R, Apartment Idaman kini agak sunyi, tidak seperti sebelum kejadian yang riuh rendah dengan gelagat kanak-kanak bermain pada waktu petang hingga Maghrib.

Seorang penduduk dari Blok S yang bertentangan dengan Blok R, Anzari Ali Ahmad, 68, juga menyatakan rasa bimbang kerana sejak 20 tahun beliau tinggal di kawasan itu, ini kali pertama kes sedemikian berlaku.

Beliau berkata sebagai datuk kepada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, kebimbangan itu turut dirasai kerana cucunya selalu meminta untuk bermain di buaian yang sama dengan Zayn Rayyan selalu bermain.

Dalam pada itu, tinjauan BERNAMA mendapati lokasi kejadian masih dipasang garisan kuning polis dan pencarian petunjuk masih giat dijalankan oleh pihak polis.

Selepas dilaporkan hilang tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai, Zayn Rayyan,6, ditemukan maut dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokkan hari, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai dan kes disiasat sebagai kes bunuh. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad