web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Cuti-cuti Cikgu Tawar Pakej Percutian Istimewa Buat Warga Pendidik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Dec 2023 7:36PM

Warga pendidik boleh mendapatkan pelbagai diskaun dan promosi pakej percutian di reruai Kementerian Pendidikan di Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelbagai promosi dan diskaun boleh didapati oleh warga pendidik menerusi Program Cuti-Cuti Cikgu di reruai Kementerian Pendidikan (KPM) pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula hari ini hingga Ahad.

Ketua Penolong Pengarah Unit Komunikasi Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasian, Bahagian Profesionalisme Guru KPM, Mohd Nazir Mohd Ghazali berkata semua guru diberikan diskaun menarik bagi merancang percutian mereka dengan kerjasama lima rakan strategik lain.

Beliau berkata lima rakan strategik itu adalah Malaysia Airlines, AirAsia, Traveloka, Bank Rakyat dan Tourism Malaysia.

"Guru-guru diberi kelebihan untuk merancang percutian dari segi pengangkutan, penginapan dan tempoh masa. Semua pakej untuk program ini ditawarkan di laman sesawang Sistem Guru Malaysia dan sah sehingga Jun 2024. Setakat ini, lebih 20,000 guru sudah melayarinya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Program Cuti-Cuti Cikgu dilancarkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-52 Tahun 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, pada 16 Mei lepas.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Kanan Jabatan Jualan Kerajaan Malaysia Airlines Berhad Noraini Jamaludin berkata setakat ini lebih 6,000 guru dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sudah berdaftar di bawah pakej itu melalui syarikat penerbangan berkenaan.

"Kami memberi potongan istimewa sehingga 20 peratus kepada semua guru sama ada menerusi penerbangan domestik atau antarabangsa. Saya mohon agar semua guru mengambil peluang ini agar mereka boleh merehatkan minda dan bercuti bersama keluarga," katanya.

Guru Vinothan Ramayah, 40, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1, di sini, berpendapat program Cuti-Cuti Cikgu memberi peluang kepada warga pendidik sepertinya melancong dan merehatkan fikiran dengan harga mampu milik.

"Program ini memberi ruang selesa kepada guru-guru untuk menghabiskan masa bersama keluarga," katanya yang merancang untuk bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah, pada musim cuti sekolah ini.

Bagi Anita Zaiti Zainal, 30-an, dari Sekolah Kebangsaan Datuk Laksamana Raja Kota, Teluk Intan, Perak, program yang ditawarkan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memperkasakan kebajikan guru.

"Program ini bagus, ia membantu release tension selepas dibebani dengan pelbagai kerja. Jadi, semua guru harus manfaatkan peluang ini sebaiknya," katanya yang merancang untuk bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah, akhir tahun ini.

Sementara itu di reruai sama, orang ramai turut berpeluang mencetak semula pelbagai salinan sijil peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) melalui tawaran perkhidmatan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP).

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Dasar Sektor Dasar Pentaksiran LP Saiful Hisyam Mamat berkata pihaknya turut menawarkan perkhidmatan patching sijil SPM dengan harga RM100.

"Patching sijil SPM adalah perkhidmatan terbaru kita, kita gabungkan keputusan lama dan baharu dalam satu sijiil, bagaimanapun ia terhad kepada calon yang telah memperoleh sijil SPM kali pertama mulai tahun 2009 sahaja.

"Kita akan tawarkan secara percuma kepada individu yang kehilangan sijil akibat bencana, namun mereka perlu membawa laporan polis mengenai kejadian bencana serta kad pengenalan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 21 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar