web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inisiatif FLYsiswa Bantu Ringankan Beban Penuntut IPT - Fadillah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 5:17PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyantuni sebahagian pelajar yang hadir pada Majlis Peluncuran FLYsiswa di Universiti Malaya (UM) hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian bantuan subsidi tiket penerbangan laluan domestik kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) FLYsiswa antara lain bertujuan membantu golongan mahasiswa lebih fokus dalam pengajian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menyifatkan FLYsiswa sebagai satu manifestasi Kerajaan Perpaduan dalam memenuhi nilai-nilai Malaysia MADANI, beliau berkata inisiatif itu diharap dapat memberi ketenangan minda kepada mahasiswa untuk fokus menimba ilmu dan tidak memikirkan hal-hal lain.  

Beliau berkata inisiatif yang membabitkan pemberian baucar digital bernilai RM300 kepada penuntut IPTA di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan serta pelajar di Politeknik, Institut Pendidikan Guru dan Matrikulasi yang layak berkait rapat dengan nilai ‘Ihsan’ dalam meringankan beban golongan mahasiswa untuk pulang ke kampung halaman.

"Inilah Ihsan daripada Kerajaan Perpaduan untuk membantu para pelajar pulang ke kampung. Dengan adanya program ini, diharapkan ia dapat meringankan sedikit beban saudara-saudari sekalian,” katanya semasa berucap melancarkan FLYsiswa di Auditorium HEP, Universiti Malaya di sini hari ini.

"Zaman kami dulu, kalau belajar nak balik pada waktu itu kena tidur di lapangan terbang sebab tak mampu nak bayar tiket penuh, kita kena bayar (menggunakan) pas pelajar, kena standby… ada tempat kosong baru masuk, kadang-kadang tidur dua malam di lapangan terbang.

“Jadi kita tak mahu keadaan sebegitu dilalui oleh anak-anak, pelajar pada masa ini," kata beliau ketika berkongsi pengalamannya sebagai alumni Universiti Malaya.

Fadillah berharap dengan kemudahan yang disediakan, golongan pelajar mempunyai daya tahan yang tinggi kerana negara memerlukan sumber tenaga kerja berkemahiran tinggi dan mampu bersaing dengan negara lain.

"Kita kena pastikan sumber manusia kita ini mereka yang berintegriti, berilmu dan berkemahiran... kalau tidak, hasrat kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dan sejahtera tidak akan  tercapai.

"... apatah lagi dalam keadaan negara yang sedang memulihkan ekonomi dengan menyertai bidang baharu seperti ekonomi digital, grid energy dan ini memerlukan kepakaran serta ilmuwan yang baharu, dan harapan kita daripada generasi muda ini adalah untuk mereka menimba ilmu secukupnya supaya kita dapat mengisi ruang untuk kita mengembangkan ekonomi dalam bidang-bidang baharu," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar