web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantuan Kemanusiaan Op Ihsan Sudah Sampai Kepada Penerima Sasaran di Gaza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Dec 2023 5:08PM

Keadaan penduduk di Gaza kini kritikal kerana terputus bekalan makanan dan air bersih selain teruk dibedil tentera Zionis. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua penghantaran bantuan kemanusiaan menerusi Op Ihsan sebelum ini telah pun selamat sampai kepada penerima di lokasi sasaran di Gaza, sebagaimana yang dirancang.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau sendiri telah mendapat laporan berhubung perkembangan penghantaran itu.

"Telah sampai dan masuk (bantuan ke Gaza) kita sudah dapat laporan, hantaran itu telah sampai ke sasaran ke tempatnya seperti dirancang," katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Zambry menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Anwar sebelum itu makan tengah hari di Medan Selera Jalan Duta yang terletak berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehubungan itu Zambry mengajak orang ramai agar sama-sama berdoa agar misi penghantaran barangan bantuan kemanusiaan siri ketiga kepada penduduk Palestin di Gaza pada 17 Disember depan dipermudahkan.

Katanya bantuan siri ketiga itu melibatkan penghantaran barangan seberat 60 tan, lebih banyak berbanding siri sebelumnya.

Malaysia sebelum ini telah membuat dua penghantaran ke Gaza, dengan penghantaran pertama melibatkan 20 tan barangan keperluan perubatan, barangan bayi dan makanan

Penghantaran kedua yang membawa 16 tan barangan bantuan pula telah tiba di Mesir pada 11 November lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad