web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Trauma, Anak Tertanya-tanya Di Mana ‘Daddy’ – Isteri Syed Muhammad Danial

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 8:09PM

Qistina Ayu Rozhan, 32, hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bagi mengikuti perkembangan keputusan kes membabitkan kematian suaminya Syed Muhammad Danial Syed Shakir dalam insiden amuk di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Kuala Lumpur-Seremban, empat tahun lepas. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Balu pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Syakir, mangsa insiden amuk di Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur-Seremban, menangis di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ketika menceritakan nasib anaknya dan trauma yang dialami selepas kejadian tragis itu.

Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata anak perempuannya yang kini berumur empat tahun menjadi yatim sejak berusia tiga bulan dan hingga ke hari ini masih tertanya-tanya di mana 'daddy.'

"Anak hanya tahu daddy di syurga. Namun itu tidak menghalangnya daripada menanyakan di mana ayahnya dan kenapa tidak bersama kami di saat kawan-kawannya bersama ayah masing-masing," kata pegawai bank itu yang kelihatan sebak ketika membacakan kenyataan impak mangsa sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.

Hakim Julia Ibrahim menjatuhi hukuman penjara 16 tahun terhadap bekas pekerja teknologi maklumat Yew Wei Liang kerana menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial, 29, di Kilometer 293.6 di Lebuhraya Utara-Selatan (Kuala Lumpur-Seremban) di sini antara 1 tengah hari dan 2 petang 10 Ogos 2019.

Qistina Ayu berkata kemarahan, kekecewaan, kesedihan dan kemurungan yang tidak tertanggung menjadi temannya selepas kejadian itu.

Wanita itu berkata disebabkan salah faham dan gagal mengawal amarah, beliau kehilangan suami malah anaknya tidak sempat merasai kasih sayang seorang bapa.

“Saya terpaksa berdepan trauma, memandu berulang-alik ke tempat kerja selama bertahun-tahun, di lokasi sama suami saya terbunuh tanpa belas kasihan.

"Kesakitan yang dirasai tidak tertanggung apatah lagi bergelar ibu tunggal memandangkan saya perlu menjaga anak yang ketika kejadian baru mencecah usia tiga bulan,” katanya.

Ketika ditemui media di luar mahkamah, Qistina Ayu berharap tragedi yang menimpa arwah suaminya tidak berulang.

"Syukur Alhamdulillah, akhirnya selepas empat setengah tahun pemergian suami saya, Syed Muhammad Danial (ada keputusan hukuman).

"Saya berharap perkara ini tidak berlaku kepada orang lain dan menjadi pengajaran terutama kepada samseng jalanan," katanya. – BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad