web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Titah Masjid, Surau Sedia Penyata Kewangan Tahunan Beraudit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 2:17PM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya memastikan kesemua masjid dan surau di negeri itu menyediakan penyata kewangan tahunan beraudit untuk diperiksa dan disemak agar pengurusannya dilaksanakan dengan tatakelola yang betul.

Baginda bertitah pentadbir masjid dan surau yang tidak mengambil berat terhadap pengurusan kewangan, perolehan dan pengurusan aset akan menyebabkan masyarakat kurang yakin tentang kredibiliti serta integriti pentadbiran mereka.

Susulan perkenan baginda melancarkan Buku Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan Dan Aset Masjid dan Surau Negeri Selangor Tahun 2023 di Istana Alam Shah, di sini hari ini, Sultan Selangor berharap pentadbir masjid dan surau dapat mematuhi dan melaksanakan semua ketetapan yang digariskan di dalam garis panduan itu. 

Sultan Selangor bertitah dengan pelancaran buku garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu, adalah disarankan keperluan semasa disusun dengan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan tahap tatakelola dan tadbir urus yang cekap.

“Pengurusan perolehan juga perlu diurus dengan tatakelola yang betul agar tidak melibatkan ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa,” titah baginda dalam kenyataan hari ini.

Baginda bertitah bagi memastikan ketetapan itu difahami, MAIS dan JAIS diminta melaksanakan program latihan yang intensif serta berterusan dengan menerapkan kaedah latihan yang bersesuaian dengan latar belakang pentadbir. 

“Beta yakin masjid dan surau yang mempunyai sistem pengurusan kewangan yang baik akan lebih diyakini dan berterusan mendapat kepercayaan masyarakat untuk terus memberi sumbangan serta infaq mereka.

“Beta berharap agar buku garis panduan ini juga akan menjadi rujukan penting untuk meningkatkan kualiti pengurusan kewangan bagi mengangkat integriti dan kemuliaan masjid serta surau sebagai institusi masyarakat yang dihormati melalui amalan tatakelola yang kemas dan teratur,” titah baginda. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 20 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad