web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laluan Pertama ART Sarawak Dijangka Siap Hujung 2025

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 3:11PM

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Projek pembinaan laluan pertama bagi Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di sini dijangka siap pada akhir 2025, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin.

Beliau berkata, laluan yang dikenali sebagai Laluan Biru itu membabitkan perjalanan dari Rembus ke Riveria sepanjang 27.6 kilometer (km) dan operasi ART berkemungkinan dapat dimulakan awal 2026.

Menurutnya, dua lagi laluan akan dibina adalah Laluan Merah yang menghubungkan Kuching Sentral dan Pending sepanjang 12.3km dan Laluan Hijau dari Pending ke Damai di Santubong sepanjang 30km.

"Pembinaan kesemua laluan berkenaan adalah di bawah Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang akan siap akhir 2027 dan ketiga-tiga laluan dijangka beroperasi pada 2028," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan itu di sini, hari ini. 

Buat masa ini, katanya, sistem ART sedang menjalani ujian pembuktian konsep (POC) yang bermula sejak ia tiba dari China September lalu dan dalam tempoh itu sudah dinaiki lebih 2,500 penumpang.

"Maklumbalas yang diperoleh daripada mereka yang sudah menaikinya amat baik dan pada penghujung bulan ini semua maklumbalas yang diterima akan dikemukakan kepada kilang yang membuat sistem itu di China," katanya.

Lee berkata, setiap laluan untuk ART ini akan turut dilengkapi sistem Keutamaan Isyarat Transit (TSP) yang memberikan keutamaan lalu lintas kepada tren ART di persimpangan lampu isyarat.

"Walaupun ART ini boleh beroperasi tanpa pemandu, kita masih akan sediakan pemandu sebagai langkah keselamatan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad