web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ROS Perlu Bertindak Tegas, Pastikan Pematuhan NGO Pada Undang-undang – Saifuddin Nasution

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 4:00PM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) perlu bertindak tegas terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang gagal menghantar laporan kewangan tahunan bagi memastikan kepatuhan NGO terhadap undang-undang pertubuhan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Akta Pertubuhan 1966 memberi kuasa kepada ROS antara lain menerima permohonan pendaftaran sesuatu pertubuhan, memberi kelulusan serta memastikan sesebuah pertubuhan itu bergerak sesuai dengan undang-undang.

Beliau berkata ROS perlu melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala terhadap pertubuhan berdaftar supaya insiden melibatkan sebuah NGO dibekukan akaun ekoran dakwaan wang sumbangan orang ramai untuk membantu rakyat Palestin disalah guna, tidak berulang.

 "Setiap laporan dihantar NGO mesti diteliti dengan kemas bagi menghalang wujudnya pertubuhan yang berdaftar tetapi aktiviti dilakukan tidak sepertimana yang dinyatakan dalam undang-undang pertubuhan," katanya dalam sidang media selepas Sambutan Setahun KDN MADANI dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan SPRM memulakan siasatan ke atas Aman Palestin Bhd berhubung aktiviti pengumpulan derma oleh NGO tersebut untuk rakyat Palestin. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad