web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Segera Lapor Jika Lihat Perkara Mencurigakan Libatkan Kanak-kanak - Nancy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 1:31PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat setempat perlu segera melaporkan kepada polis sekiranya melihat perkara mencurigakan melibatkan kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata tindakan itu adalah untuk mengekang peningkatan kes penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Sebagai guru dan juga ahli masyarakat perlu sentiasa bertanggungjawab serta amanah dalam tugas masing-masing, ditambah lagi dengan kepekaan semua dalam isu kanak-kanak.

“Jika melihat sesuatu yang mencurigakan, laporkan segera kepada polis atau Talian Kasih di 15999. Jangan hanya rakam video untuk media sosial, tapi laporkan kepada kami,” katanya ketika berucap pada Program Advokasi Kanak-kanak di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Samariang di sini hari ini.

Nancy berkata kanak-kanak mempunyai empat hak utama iaitu hak untuk hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan dan jika mana-mana hak itu tidak diberikan, mereka berhak untuk bersuara serta meminta bantuan daripada orang dewasa.

“Kalau anak-anak rasa tak pasti, kalau anak-anak rasa tak berani, jangan malu dan jangan takut nak minta tolong. Boleh hubungi talian 15999,” katanya.

Nancy berkata tahun depan, kementeriannya menyasarkan program advokasi itu dianjurkan di 300 buah sekolah terpilih di seluruh Malaysia agar kanak-kanak tahu mengenai hak mereka.

Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak adalah usaha berterusan KPWKM dalam mengerakkan masyarakat agar bersama melindungi dan membina persekitaran selamat untuk kanak-kanak.

Program advokasi itu juga adalah platform kepada masyarakat setempat khususnya guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat untuk membantu KPWKM mencegah berlakunya peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad