web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Ramai Boleh Mula Tebus Kredit eMADANI Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 12:56PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang layak boleh mula menebus kredit e-tunai  eMADANI sebanyak RM100 bermula 8 pagi hari ini hingga 11.59 malam, 20 Feb 2024.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam hantaran di laman Facebook menyebut orang ramai boleh menyemak kelayakan di portal rasmi https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI.

Menurut MOF, orang ramai boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan atau kod QR DuitNow.

Menurut soalan lazim (FAQ) disediakan di laman web MoF, kredit e-tunai yang dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia boleh digunakan untuk pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Berdasarkan FAQ itu, syarat kelayakan bagi program berkenaan adalah pemohon mesti warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas pada tahun ini.

Selain itu, pemohon juga merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 Nov atau mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai.

Langkah verifikasi identiti secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan juga perlu dipenuhi sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Setelah pemohonan diterima dan kredit e-tunai dimasukkan, penerima perlu membelanjakannya sebelum 11.59 malam, 29 Feb 2024 dan selepas itu, baki yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet penerima.

Melalui program yang bertujuan meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai serta meringankan beban kewangan rakyat itu, penerima turut berpeluang menikmati pelbagai insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun, mata ganjaran dan coins daripada penyedia e-dompet pilihan.

Sementara itu, semakan di laman web dan aplikasi penyedia e-dompet mendapati antara insentif disediakan termasuk 1,000 mata GoRewards serta baucar bernilai lebih RM500 bagi pelbagai barangan runcit, makanan dan minuman, pembayaran bil dan pengangkutan oleh Touch 'n Go eWallet.

Selain itu, Setel menyediakan pulangan tunai sehingga RM80, e-baucar pelbagai jenama dan mata Mesra untuk transaksi terpilih manakala ShopeePay pula menyediakan baucar sehingga RM600 bagi pembelian, ShopeeFood, SPayLater dan insurans kereta. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad