web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wartawan BERNAMA Menang Anugerah Kewartawanan Perlis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 9:14AM

Ahli PWP bergambar kenangan dengan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) memenangi tempat pertama bagi Kategori Pelancongan, Warisan dan Seni Terbaik pada Anugerah Kewartawanan Perlis anjuran Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dengan kerjasama kerajaan negeri malam ini.

Ahmad Muliady Abdul Majid, yang juga bekas Ketua Biro BERNAMA Perlis dan kini bertugas di ibu pejabat agensi berita itu di Kuala Lumpur, menerima trofi dan wang tunai RM1,000 bagi laporan bertajuk Naik 'Choley' Tarikan Baharu Di Kampung Seberang Ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menyampaikan anugerah itu kepada Ketua Biro BERNAMA Perlis Nurrul Huda Ahmad Lutfi, yang mewakili Ahmad Muliady.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan majlis itu di sini malam ini.

Turut hadir Presiden PWP Syed Muhammad Azlan Sayid Hizar.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah maklumat disampaikan pengamal media menerusi laporan pemberitaan masih menjadi bahan rujukan masyarakat dalam mendapatkan informasi tepat meskipun terdapat pelbagai platform media baharu lain yang semakin berkembang pesat ketika ini.

"Tugas pengamal media, baik media cetak mahupun elektronik, pada ketika ini lebih mencabar terutama bagi melaporkan fakta sebenar di samping menangkis serangan penularan berita palsu dalam kalangan masyarakat.

"Pengamal media perlu memainkan peranan masing-masing bagi menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat biarpun terdapat pelbagai platform media baharu lain yang semakin berkembang dengan pesat pada masa ini," titah baginda ketika berucap merasmikan majlis itu.

Baginda bertitah pada masa sama, pengamal media juga perlu saling bekerjasama dalam menyiarkan laporan berita yang komprehensif kepada masyarakat.

"Saya juga yakin pengamal media khususnya di negeri ini amat memegang kepada etika kewartawanan dalam melaporkan sebarang berita yang ingin disampaikan kepada masyarakat," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah selain itu, pengamal media turut menjadi penghubung kepada kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan dalam menyampaikan agenda dan matlamat yang ingin dilaksanakan untuk rakyat.

"Saya amat berharap agar semua pengamal media di negeri ini dapat menyebar luas sebarang informasi berkaitan penganjuran Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

"Kejayaan TMPs 2024-2025 nanti bakal memberi limpahan ekonomi buat penduduk di negeri ini khususnya yang melibatkan pengusaha hotel, inap desa, kafe makanan, peniaga industri kecil dan sederhana, syarikat pengangkutan serta pelbagai lagi," titah baginda. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad