web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cemar Sungai Kim Kim, Pemandu Lori Didenda RM100,000, Syarikat Didenda RM320,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 8:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori didenda maksimum RM100,000 kerana menyebabkan pencemaran membabitkan pelupusan haram buangan terjadual di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada 2019.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan memaklumkan N. Maridass didapati telah melepaskan enap cemar berminyak seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ke dalam sungai itu. 

JAS memaklumkan syarikat P Tech Resources Sdn Bhd, yang berdepan lapan pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, juga didenda RM40,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan denda RM320,000.

Menurut JAS, kes Maridass serta syarikat P Tech Resources telah dibicarakan bersama dan seramai 38 saksi dipanggil memberi keterangan.

Kenyataan itu menyebut Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman pada 30 Nov selepas mereka mengaku bersalah.

Kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada 7 Mac mengejutkan negara apabila 947 orang dirawat dengan sembilan daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail. 

Sementara itu, kenyataan tersebut memaklumkan JAS komited dalam menangani isu pencemaran alam sekitar dan semua pihak diingatkan serta diberi amaran tegas supaya tidak melakukan sebarang pelupusan haram sisa toksik dan berbahaya atau pencemaran alam sekitar.

“Adalah menjadi tanggungjawab pihak industri untuk memastikan pengurusan alam sekitar termasuk buangan toksik dan berbahaya (buangan terjadual), kawalan pencemaran udara dan air dilaksanakan dengan sempurna bagi mencegah berlaku pencemaran yang berpotensi memberi risiko kepada alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat,” katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Rencana 2 tahun yang lalu

Resah Penghidap Asma Ketika Pencemaran Udara Semakin Memburuk

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Gangguan Air Di Selangor Berpunca Daripada Pati Minyak Wangi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

LUAS Kesan Pencemaran Bau Di Sungai Gong

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad