web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Kampung Di Johor Dilanda Banjir, 538 Orang Dipindahkan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 3:06PM

Operasi memindahkan mangsa banjir di Kampung Bunga Ros, Kampung Paya Kenanga, Kampung Tebrau dan Kampung Pasir ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara. gambar JBPM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan lima kampung di daerah ini dilanda banjir dengan beberapa sungai berada pada paras bahaya dan waspada.

Berikutan itu, sejumlah 538 orang daripada 158 keluarga di lima kampung terlibat kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka dinaiki air.

Kampung berkenaan adalah Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya memaklumkan PPS di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara masing-masing dibuka pada jam 8 pagi dan 10 pagi.

Menurut kenyataan itu, setakat 12 tengah hari ini sebanyak 311 mangsa daripada 78 keluarga dari Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau ditempatkan di PPS SK Bukit Mutiara.

PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru pula menempatkan 227 mangsa daripada 80 keluarga dari Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat.

Sementara itu, JPBN memaklumkan Sungai Skudai di Kampung Laut dan Parit Keliling di Kampung Pasir, di sini berada pada paras waspada masing-masing dengan bacaan 2.55 meter (m) dan 0.29m.

Sungai Siku di Kampung Murni Jaya dekat Kulai, pula mencatat paras bahaya dengan bacaan 17.88m dan Sungai Muar di Kampung Awat pula pada tahap waspada iaitu 8.03m. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar