web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Mohon DNAA, Kes SRC RM27 Juta Lebih 5 Tahun Tergantung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 1:53PM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib membuat permohonan itu, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan Hakim K Muniandy bahawa keputusan representasi yang dihantar pihak pembelaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 31 Julai lalu masih belum diperoleh.

"Kes telah dikemukakan lebih lima tahun sejak 2019 dan telah beberapa kali disebut di mahkamah ini. Oleh itu, untuk tidak memprejudiskan kedua-dua pihak terutamanya anak guam, saya mohon mahkamah memberikan perintah DNAA mengikut Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah kerana kes langsung tidak berjalan. 

"Sekiranya pendakwa raya ada keputusan berlainan di masa akan datang, pihak pendakwaan boleh membuat keputusan untuk kes dikemukakan semula di mana kita berhenti...kes ini sudah tergantung begitu lama," kata Muhammad Shafee.

Hakim Muniandy kemudian bertanya kepada pihak pendakwaan mengapa AGC terlalu lambat untuk membuat keputusan berhubung representasi berkenaan.

Mohd Ashrof berkata, kes itu membabitkan individu berprofil tinggi yang melibatkan banyak dokumen untuk diteliti, selain masih terdapat kes lain, International Petroleum Investment Company (IPIC) dihadapi Najib yang masih belum dibicarakan.

"Semua pihak sebelum ini juga bersetuju bahawa tiga tuduhan itu hanya akan dibicarakan selepas kes penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta diputuskan dan semakan kes itu berakhir pada 31 Mac lalu di Mahkamah Persekutuan.

"Mengikut rekod saya selepas 31 Mac, hanya ada tiga sebutan kes termasuk prosiding hari ini. Oleh itu, saya mohon satu tarikh pengurusan kes akhir bagi mengetahui perkembangan berhubung representasi tersebut,” katanya dan menambah beliau mendapat arahan untuk memohon masa tambahan tiga bulan bagi AGC meneliti kandungan representasi.

Hakim Muniandy menetapkan 19 Januari 2024 sebagai tarikh akhir untuk Peguam Negara membuat keputusan berhubung representasi itu.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 31 Mac lalu, Najib, 70, gagal dalam usaha terakhirnya untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International dan beliau sedang menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga sedang dibicarakan bagi kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dengan pihak pendakwaan telah memanggil seramai 48 saksi di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Najib juga berdepan satu lagi kes pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada IPIC di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, yang kini masih di peringkat pengurusan kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad