web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Runtuhan Gudang: JKKP Arah Henti Kerja Di Kawasan Insiden

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 8:32PM

Semua kerja di kawasan insiden runtuhan projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung dihentikan sementara siasatan berjalan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti kerja di kawasan insiden runtuhan projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Pulau Pinang bagi tujuan siasatan.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan JKKP Pulau Pinang telah diarah menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca berlakunya tragedi itu semalam.

 "Siasatan bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat pelanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," menurut KSM.

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya mahupun orang awam di tempat kerja di bawah kawalannya.

Dalam kejadian pukul 9.58 malam itu, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik yang sedang dalam pembinaan itu runtuh manakala dua lagi mangsa dilaporkan parah dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar