web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abdul Wahab Dipanggil Ke Bukit Aman Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 8:26PM

Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani (kanan) ketika sidang media bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, baru-baru ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani hari ini hadir di Bukit Aman bagi mengesahkan identiti ‘Mr. H’, individu yang mengarahkannya merakam perbualan bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Peguamnya, Faizal Rahman yang memaklumkan perkara itu kepada pemberita berkata Abdul Wahab tampil memberi keterangan pada pukul 11 pagi, sebelum selesai berbuat demikian lebih tiga jam kemudian.

“Bagaimanapun Abdul Wahab belum bersedia untuk bertemu wartawan dan sekarang saya hadir bagi memberi sedikit maklumat terkini.

“Beliau (Abdul Wahab) juga masih dalam keadaan kurang sihat dan memerlukan bantuan perubatan susulan kemurungan yang dialaminya baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman, di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai identiti ‘Mr. H’, Faizal mengesahkan individu itu masih bertugas di J-KOM dan memegang jawatan di jabatan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Pada masa yang sama, Faizal berkata Abdul Wahab juga akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat, berhubung penyebaran video berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan polis telah merakamkan keterangan daripada Abdul Wahab berhubung ‘Mr H’.

Sebelum ini Razarudin meminta Abdul Wahab tampil membantu siasatan dan membuat laporan polis berhubung kes itu, selepas ‘Mr H’ hadir memberi keterangan pada 23 Nov lepas.

Pada 20 Nov lalu, Agus dan Wahab membuat sidang media khas berhubung video perbualan mereka yang tular di media sosial dengan mendakwanya telah disunting.

Dalam sidang media itu Abdul Wahab turut memaklumkan perbuatan merakamkan perbualan itu dilakukan setelah diarahkan berbuat demikian oleh ‘Mr H’. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar