web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Sharafuddin Sempurnakan Perisytiharan Hutan Warisan Diraja Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 3:33PM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (tiga, kiri) berkenan menyempurnakan pelancaran buku 'Pelan Induk Pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor' pada Majlis Perisytiharan Hutan Warisan Diraja Selangor di iCity, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Shah Alam - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan perisytiharan Hutan Warisan Diraja Selangor di sebuah hotel di sini, hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada majlis itu Sultan Sharafuddin turut berkenan melancarkan buku ‘Pelan Induk Pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor’ selepas baginda melafazkan titah pengisytiharan.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Salim Soib; Pegawai Kewangan Negeri, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin; Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang serta Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin.

Pada 17 Mac lalu, Sultan Selangor dilaporkan bertitah supaya kawasan hutan simpan kekal di Selangor yang berkeluasan 108,000 hektar terus dipelihara.

Baginda turut mencadangkan kerajaan negeri melanjutkan tempoh dasar pembalakan pemantauan, yang kini ditetapkan selama 25 tahun, untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di dalam hutan simpan kekal sejak 2009.

Hutan Warisan Diraja Selangor berkeluasan 108,000 hektar itu adalah Hutan Taman Negeri di bawah satu daripada pengelasan hutan perlindungan iaitu Seksyen 10, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Ia adalah usaha konsisten kerajaan Selangor untuk memelihara dan melindungi khazanah hutan negeri supaya dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan air, habitat flora dan fauna, kawalan hakisan dan banjir selain menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon serta menangani isu perubahan iklim.

Sehingga kini, hutan simpanan kekal di Selangor adalah seluas kira-kira 250,700 hektar iaitu 31.7 peratus daripada keluasan tanah negeri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad