web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKD: 3.6 Juta Langgan Perkhidmatan 5G Setakat 31 Oktober

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 10:57AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langganan bagi perkhidmatan 5G di Malaysia berjumlah 3.6 juta dengan kadar penerimagunaan pada tahap 10.8 peratus setakat 31 Oktober 2023, kata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Kementerian itu berkata, bagi meningkatkan penerimagunaan dalam kalangan pengguna, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi sudah memperkenalkan Pakej 5G Rahmah pada Ogos 2023 untuk menawarkan pakej perkhidmatan dan peranti 5G kepada kumpulan berpendapatan rendah dan penjawat awam, pada harga berpatutan.

“Setakat 31 Oktober 2023, jumlah langganan Pakej 5G Rahmah adalah sebanyak 98,979 unit,” kata KKD dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman web Parlimen bertarikh 27 November. 

KKD berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Suan yang meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan status pembangunan rangkaian internet 5G setakat ini dan jumlah langganan yang sudah diterima menerusi perkhidmatan rangkaian 5G.

Kementerian itu turut memaklumkan kerajaan akan terus menggandakan usaha untuk menggalakkan penerimagunaan 5G bukan sahaja bagi pengguna biasa, malah turut melibatkan pelbagai sektor perusahaan seperti bidang pendidikan, pengangkutan, pertanian, penjagaan kesihatan, pembuatan, dan keselamatan awam.

Sementara itu, KKD berkata, pelaksanaan rangkaian 5G negara ketika ini sedang giat dijalankan oleh Digital Nasional Bhd (DNB) dan kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan sejumlah 7,509 tapak 5G di seluruh negara meliputi 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

“Setakat 31 Oktober 2023, sebanyak 6,057 tapak 5G telah siap dibangunkan dengan perkhidmatan 5G kini sudah mencapai 73 peratus liputan di kawasan berpenduduk,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KKD Terima Aduan Kandungan Babit Isu Israel-Palestin Disekat Di Tiktok - Menteri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK: Tiada Laporan Kesalahan Berkaitan 3R Diterima Pihak Berkuasa

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Akta Komunikasi Dan Multimedia Diteliti Selaras Penubuhan Pasukan Bantuan Pornografi Kanak-Kanak

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Awas! Jangan Terpedaya Mesej Palsu Bantuan Warga Malaysia RM900

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini