web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK: Tiada Laporan Kesalahan Berkaitan 3R Diterima Pihak Berkuasa

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 3:30PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching menyantuni masyarakat Orang Asli semasa meninjau kerja pemasangan Starlink di Kampung Orang Asli, Sungai Temon di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Temon, Johor Bahru. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak menerima sebarang laporan berhubung kesalahan penyebaran naratif kebencian 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja, khususnya menerusi platform media sosial semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, setakat ini.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata biarpun tiada laporan diterima, jawatankuasa khas yang dianggotai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melakukan pemantauan sehingga tempoh berkempen tamat.

“Kami akan terus memantau platform media sosial (berhubung isu 3R) pada PRK ini. Pada PRN (Pilihan Raya Negeri) lepas kami terima 26 aduan dan telah diserahkan kepada PDRM untuk tindakan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pemasangan peranti satelit Starlink di Kampung Orang Asli Sungai Temon di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengakui kempen menerusi media sosial pada PRK ini dilihat sedikit hambar berbanding PRN di enam negeri bulan lepas, Teo berkata keadaan itu menjadi cabaran buat Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk menarik pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada 9 Sept nanti.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung beberapa portal atau laman web yang dilaporkan disekat oleh MCMC, beliau berkata tindakan itu diambil jika terdapat unsur-unsur berita palsu dalam portal berkenaan.

"MCMC tidak bertindak sewenang-wenangnya menyekat mana-mana portal tanpa alasan munasabah.

" …. Kalau (portal) menyentuh isu-isu sensitif seperti 3R, berita palsu yang mungkin boleh bawa kesan buruk kepada masyarakat, saya rasa MCMC perlu ambil tindakan," katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata kementerian bersedia mengadakan sesi dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memahami sempadan kebebasan bersuara dan maklumat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Starlink Yang Terbaik Setakat Ini, Tiada Pilihan Lain - Dr Zulkifli

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tempat Untuk Media Promosi Keganasan, Ucapan Kebencian - Nie Ching

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKD: 3.6 Juta Langgan Perkhidmatan 5G Setakat 31 Oktober

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad