web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk Sifatkan Banjir Di Bukit Tinggi Terburuk Dalam Tempoh 2 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 8:02AM

Proses membaik pulih infrastruktur di kawasan Bukit Tinggi sedang giat dijalankan, selain kerja-kerja pembersihan sisa batuan dan enapan di kawasan banjir. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Kejadian banjir di Kampung Bukit Tinggi, di sini, kelmarin disifatkan penduduk sebagai yang terburuk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh dua tahun ini.

Menceritakan detik cemas itu, Wong Chee Siang, 30-an berkata, banjir yang merupakan kali ketiga terjadi dalam tempoh berkenaan, menghanyutkan banyak barang perniagaan ayahnya selepas tembok restoran mereka runtuh akibat bencana tersebut.

“Kali pertama berlaku banjir pada tahun lalu, manakala kejadian kedua pada tahun ini dan kali ini yang ketiga. Hujan lebat pada kira-kira jam 7 malam menyebabkan air mula naik dua jam kemudian dan berakhir pada jam 11 malam.

“Saya kerugian lebih RM10,000 termasuk dua peti sejuk dihanyutkan arus deras. Nasib baik kejadian ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya kepada BERNAMA di lokasi kejadian hari ini.

Wong berkata, kejadian yang menimpa keluarganya dan penduduk setempat mendapat perhatian Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang hadir membuat lawatan di kawasan banjir.

Sementara itu, tinjauan mendapati kawasan banjir yang melibatkan sebahagian Kampung Bukit Tinggi sudah dibersihkan oleh pihak berkuasa dengan dibantu anggota bomba sukarela Perting, Bentong dan orang awam.

Selain itu, jalan utama ke Janda Baik melalui Kampung Bukit Tinggi ditutup sementara berikutan jalan rosak akibat banjir, namun orang ramai masih boleh ke Janda Baik menggunakan jalan alternatif.

Jalan Persekutuan FT68 iaitu Jalan Lama Gombak-Bentong bagi Seksyen 43.00 ke 43.40 dan Jalan Pintasan Bukit Tinggi Seksyen 1.98 hingga 2.58 di sini, ditutup kepada semua kenderaan bermula hari ini hingga 1 Disember ekoran kerosakan struktur jalan. 

Jabatan Kerja Raya Daerah Bentong menerusi kenyataan dimuat naik di laman sosial memaklumkan penutupan jalan berhampiran simpang tiga Janda Baik itu dibuat bagi menjamin keselamatan pengguna. 

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang ingin ke Janda Baik boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur Karak ke Persimpangan Bukit Tinggi menuju ke stesen minyak BHP Bukit Tinggi dan melalui Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi.

Semalam, Nik Nazmi dilapor berkata, satu siasatan segera akan dilaksanakan untuk mengenal pasti punca banjir puing di Bukit Tinggi, Bentong kelmarin berikutan terdapat dakwaan wujud penerokaan haram di sekitar kawasan hutan simpan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad