web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


150 Sekolah Agama Johor Kritikal, Perlu Dibaik Pulih Segera – EXCO

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 2:09PM

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid ketika menjawab soalan lisan Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup) pada persidangan itu di Kota Iskandar, pada sidang DUN Johor. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 150 sekolah agama kerajaan negeri di Johor dikategorikan sebagai sekolah kritikal dan perlu dibaik pulih segera, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata sekolah dikategorikan kritikal itu antaranya mengalami masalah pendawaian, bumbung dan tandas sekolah.

"Pada tahun ini sebanyak 50 sekolah agama dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3 juta bagi maksud baik pulih sekolah telah dijalankan, manakala baki 100 sekolah yang belum dibaik pulih akan dilaksanakan pada tahun depan dengan peruntukan RM12 juta, hasil kerjasama kerajaan negeri dengan pelbagai agensi termasuk Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Perbadanan Islam Johor (PIJ).

"Kerajaan negeri menerima permohonan bagi penyelenggaraan antara 150 hingga 200 sekolah daripada keseluruhan 583 sekolah agama di negeri ini dengan setiap permohonan ini akan dinilai mengikut kategori kritikal dan tidak kritikal," katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup) pada persidangan itu di Kota Iskandar, di sini.

Jefridin ingin mengetahui usaha kerajaan negeri meningkatkan kemudahan di sekolah agama kerajaan negeri yang kebanyakannya didapati usang dan tidak diselenggara dengan baik.

Mohd Fared (BN-Semerah) berkata tahun ini, kerajaan negeri menerusi MAINJ memperuntukkan RM2.5 juta untuk menggantikan 9,370 perabot termasuk meja dan kerusi pelajar serta meja dan kerusi kantin melibatkan 158 sekolah.

Bagi menjawab soalan lisan Abdul Aziz Talib (PN-Maharani) mengenai penjawatan guru sekolah agama, Mohd Fared berkata setakat ini terdapat kekosongan penjawatan 658 waran bagi gred DG29 dan 74 waran bagi gred DG41.

"Kerajaan negeri akan melantik seramai 300 guru Sekolah Agama Kerajaan Johor gred DG29 berstatus tetap dan akan diproses penempatannya pada tahun depan, manakala 295 guru gred DG29 berstatus kontrak pula akan dilantik pada tahun depan," tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor telah memperuntukkan sebanyak RM22.6 juta bagi membantu 54,365 orang daripada golongan kurang bernasib baik bulan lepas.

Khairin-Nisa (BN-Serom) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Fauziah Misri (BN-Penawar) mengenai jumlah bantuan yang telah disalurkan kerajaan negeri kepada penerima bantuan JKM. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad