web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kos Baik Pulih Padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 4:15PM

Gambar keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Tiada kos terlibat bagi membaik pulih permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak susulan konsert kumpulan Coldplay diadakan di venue berkenaan pada Rabu lepas, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata ini kerana terdapat tapak semaian berdekatan stadium berkenaan yang mempunyai rumput jenis Zeon Zoysia dan boleh terus digantikan jika permukaan padang rosak.

"Jadi bila ada rawatan dan pembaikan (terhadap permukaan padang), ia tak melibatkan kos kerana tapak semaian itu sudah wujud.

"Jadi jangan risau, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti," katanya ketika ditemui pemberita pada Program ‘Train-the-Trainee’ bagi Pengarah Klinikal dan Atlet Sihat di sini hari ini.

Sebelum ini, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, memuat naik gambar keadaan permukaan padang gelanggang rasmi Harimau Malaya itu yang kelihatan terjejas di beberapa bahagian menerusi Instagram Story baginda.

Meskipun Tunku Ismail memuat naik gambar berkenaan tanpa sebarang kapsyen, pengguna media sosial rata-rata meluahkan kekesalan dan ketidakpuasan hati melihat keadaan permukaan padang itu.

Rabu lepas, kira-kira 85,000 peminat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan konsert Coldplay, sebuah kumpulan rock British.

Sebelum ini, permukaan padang stadium berkenaan menjadi buah mulut orang ramai kerana keadaannya yang tidak memuaskan ketika aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India pada bulan lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 14 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar