web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dana Komuniti MADANI: RM1 Bilion Untuk Masyarakat Desa Mulakan Projek Ekonomi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 2:30PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat ruang jualan selepas melancarkan Karnival Usahawan Desa (KUD) Kebangsaan 2023 di Anjung Floria, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion tahun depan untuk inisiatif Dana Komuniti MADANI, bagi membantu masyarakat desa mulakan projek ekonomi sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata menerusi inisiatif itu, setiap kampung, desa, rumah panjang mahupun Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan diberikan dana maksimum RM100,000 untuk mulakan projek ekonomi seperti kraf tangan atau hidroponik.

“Wang (dana) diberikan kepada penghulu, penggawa atau tuai rumah, selepas adakan perjumpaan dan putuskan apa projek ekonomi untuk kampung mereka.

“Saya nak tengok orang kampung putuskan dan jalankan (projek ekonomi) dengan kos rendah, uruskan dengan RM100,000 apa boleh dilakukan,” katanya dan menambah dana inisiatif itu mungkin ditambah kepada RM2 bilion jika ia menunjukkan kejayaan.

Berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 di sini hari ini, Anwar berkata sekiranya masyarakat desa terlibat memerlukan bantuan, mereka boleh berhubung dengan pelbagai agensi kerajaaan antaranya Jabatan Pertanian atau Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Ini pendekatan baharu (kerajaan), (ia) dijangka melibatkan puluhan juta rakyat di semua peringkat iaitu dewasa berusia 18 tahun ke atas.

“Belanjalah dengan berhemah dan ikut peraturan ditetapkan,” katanya serta menegaskan bahawa dana yang diperuntuk itu khusus untuk penjanaan ekonomi dan bukannya untuk pembaikan pagar atau jambatan rosak.

Beliau seterusnya mengajak rakyat untuk menumpukan soal pertumbuhan ekonomi negara serta tidak mempedulikan retorik kosong.

“Program tahun ini di bawah Kerajaan Perpaduan jauh lebih tinggi dan baik dari tahun sebelumnya. (Pedulikan) naratif politik tidak kesudahan dan tingkat usaha bangunkan (negara). Beberapa keutamaan (diberikan) pada 2024 dan masanya kita untuk melaksanakan beberapa program tertangguh,” katanya. 

Mengenai Karnival Usahawan Desa, Anwar menyifatkan penganjuran karnival itu sebagai berjaya dan mendapat sambutan luar biasa serta menggalakkan, dan beliau turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan penganjur.

“Ini kesempatan kita untuk dedahkan usaha dilakukan kementerian, dan raikan usahawan supaya diberikan dorongan dan sokongan baik daripada jentera kerajaan dan rakyat,” katanya.

KUD@Putrajaya 2023 diadakan selama lima hari bermula Rabu lepas (22-26 Nov) di Anjung Floria di sini, dimeriahkan dengan pelbagai pameran dan jualan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad