web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bahaya Biarkan Pemimpin Berperangai Saling Mencela, Saling Menghina – Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 12:03PM

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-63 di Universiti Malaya di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan mengenai aspek budi bahasa dan sopan santun yang semakin diketepikan sehingga bahasa kesat, lucah, fitnah, cerca, caci, memaki hamun dan menghina disuarakan tanpa segan silu termasuk di tempat ibadah.

Baginda bertitah budi bahasa dan sopan santun diketepikan bukan oleh golongan yang tiada berpendidikan atau tidak berjawatan tinggi, tetapi dikorbankan oleh kumpulan berpelajaran tinggi, berjawatan dan bergelaran.

“Ia berlaku bukannya di tepi-tepi jalan atau di pasar, tetapi berlaku di pentas, tempat dan dewan yang memiliki status kemuliaan, malah ada kalanya berlaku di tempat-tempat ibadah.

“Bahasa-bahasa kesat, lucah, fitnah, cerca, caci, memaki hamun dan menghina semakin kedengaran, disuarakan tanpa segan silu, malah dilakukan oleh pihak tertentu dengan kemegahan dan kebanggaan,” titah Baginda pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-63 di Universiti Malaya di sini hari ini.

Baginda bertitah Islam menegaskan konsep komunikasi ketika berbicara agar memilih kata-kata yang baik dan lemah lembut, bahkan lebih penting memperlakukan orang lain dengan penuh rasa hormat dan tertib serta menjaga tingkah laku.

Sultan Nazrin bertitah amatlah berbahaya kepada negara untuk membiarkan sesiapa sahaja apatah lagi dalam kalangan yang diangkat sebagai pemimpin, berperangai saling mencela dan menghina kerana ia berpotensi mencetuskan kebencian dan bakal menyalakan api permusuhan. 

“Jadikan pengajaran daripada peristiwa pahit pada tahun 1969 untuk segera dilakukan langkah-langkah preventif, menghentikan suara-suara provokatif yang memilih meniupkan bara pertelingkahan berasaskan kaum dan agama,” titah Baginda.

Sehubungan itu, Baginda bertitah komponen Rukun Negara yang kelima iaitu ‘kesopanan dan kesusilaan’ perlu dijadikan sebahagian daripada input dalam program pengilmuan agar elemen berkenaan difahami, dihayati dan diamalkan oleh rakyat.

Titah Baginda ia demi memastikan minda warga, terutamanya anak-anak di bangku sekolah, tidak terpengaruh dengan teladan perangai tidak beradab yang mempunyai nilai salah.

“Nilai kesopanan dan kesusilaan merupakan asas kepada pembinaan masyarakat yang harmoni dan negara sejahtera. Sedarilah! perilaku warga, apatah lagi dalam kalangan pemimpin akan memberikan imej, wajah dan identiti negara kita di mata dunia.

“Kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan oleh warga merupakan suatu ukuran kemajuan dan ketamadunan negara,” titah Baginda.

Sultan Nazrin bertitah ilmuwan tersohor, Syed Muhammad Naquib al-Attas, seawal 1973 telah memperingatkan tentang kemunculan pemimpin samaran, terbentuk dalam acuan ‘guru sihir’ yang pintar, sebagai pelita-pelita baharu menyamar yang lama.

Justeru, Baginda tidak mahu warga dan negara dibiarkan menjadi mangsa kepada tindak tanduk dan perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh pemimpin samaran.

“Pemikiran serta cara-gaya dan teladan yang ditayangkan oleh pemimpin-pemimpin samaran dan pengikutnya, bagai adukan kebenaran dan kepalsuan, serta campuran yang hak dan batil...,” titah Baginda.

Istiadat konvokesyen berkenaan yang melibatkan 15 sidang bermula hari ini sehingga 2 Dis depan melibatkan 8,327 graduan dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar