web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sirul Azhar Masih Dalam Senarai Notis Merah Interpol – Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 1:32PM

Sirul Azhar Umar. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis masih mengekalkan nama Sirul Azhar Umar dalam notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) walaupun dia telah dilepaskan dari tahanan imigresen Australia, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata setakat ini tiada arahan dikeluarkan oleh mana-mana pihak untuk mengeluarkan nama Sirul Azhar yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, daripada notis itu.

“Nama dia (Sirul) masih lagi dalam notis merah...Saya rasa tiada arahan untuk dikeluarkan...meskipun dia dah dibebaskan di Australia.

“Kami masih mengkaji akan kaedah-kaedah (untuk membawa Sirul pulang ke negara ini) dan kini ia di peringkat AGC (Jabatan Peguam Negara),” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang dikenakan hukuman gantung atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2016 berada dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.

Sementara itu mengulas mengenai ancaman bom palsu di sekolah yang diterima melalui e-mel, Mohd Shuhaily berkata pihaknya sedang berhubung dengan pihak berkuasa di Jamaica dan Trinidad dan Tobago berikutan kedua-dua negara itu turut menerima ancaman yang sama awal bulan ini.

“Ini untuk mengetahui apa terjadi sebelum ini di negara mereka, untuk mengetahui apa punca dan motif e-mel ini dihantar.

“Setakat ini, kami dah terima 51 laporan polis di seluruh negara melibatkan empat sekolah bantuan kerajaan, 15 sekolah swasta dan 32 sekolah antarabangsa. Berdasarkan siasatan awal kami mendapati individu terbabit mengambil alamat e-mel sekolah terlibat yang dipaparkan di domain awam,” katanya.

Beliau berkata 10 kertas dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Walaupun ancaman ini palsu, polis mengambil ancaman ini secara serius kerana kami tidak mahu ada pihak menangguk di air keruh dan mengambil peluang mengganggu ketenteraman negara. Polis tetap akan ke setiap sekolah yang menerima ancaman e-mel berkenaan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar